Selepas kes Alvin dan Vivian yang hina Islam berbuka puasa pada bulan Ramadhan, muncul pula video hina Islam menyambut hari raya Aidilfitri. Nampaknya makin menjadi-jadi dan melampau golongan ni. Kali ini video yang pemiliknya yang dikenali sebagai Chetz (bukan nama sebenar) bersama anjingnya pula. Aku tak nak tunjuk video sampah macam tu dalam blog ni. Boleh tengok di Youtube atau dalam berita.
Video ni kononnya si Chetz (bukan nama sebenar) berbaju melayu membawa anjingnya bersiar-siar, kemudian ambil wuduk dan menjamu kuih hari raya. Pada aku video ini sengaja dibuat kerana ingin mencabar pihak berkuasa dan umat Islam. Memang sengaja mahu timbulkan rasa benci dan perpecahan. Tindakan yang amat tegas harus diambil. Ini sudah kali kedua.
Semakin lama golongan ini semakin berani. Mungkin ini juga kesan pemansuhan ISA. Jadi, semua semakin berani melakukan apa sahaja yang mereka suka. Lepas itu, boleh la jadi glamor. Semasa pemansuhan ISA, aku terkilan juga. Hanya kerana “Demokrasi” dan “Hak Asasi”.

Cukup-cukuplah tu
Hak Asasi sebenarnya tak wujud atas muka bumi ini kerana semua manusia atas dunia ini akan terikat dengan undang-undang. Tak kiralah undang-undang negara, negeri mahupun undang-undang agama. Kalau kita lihat, selepas mansuhnya ISA, rusuhan, demostrasi dan segala macam perkara yang merosakkan keamanan negara ini semakin banyak berlaku.
Undang-undang baru yang digubal mengantikan ISA hanya dipermainkan begitu sahaja. Tidak diendahkan pun. Tak perlu ulas panjang mengenai perkara yang dah terjadi.
Sekarang ni, kita tunggu tindakan seterusnya kepada si pemilik video ini pula. Patut buang negara golongan macam ni.
p/s: kepada umat Islam, ayuhlah kita bersatu, hentikan persengketaan antara kita semua. Inilah jarum-jarum yang menyuntik bisa-bisa untuk menghancurkan agama ini dibumi kita sendiri.