May 23, 2013

Semakin Ramai Melupakan Facebook

Baru-baru ini aku ada terbaca di akhbar yang menyatakan semakin ramai pengguna diluar negara yang meninggalkan facebook dengan memadamkan akaun mereka. Tetapi ada negara yang masih ramai menggunakannya. Mungkin di negara membangun macam di Malaysia.

Kalau awal kemunculan facebook ini, tiada siapa yang mengenalinya, selepas itu pada tahun 2010 kalau tak silap, facebook ini mula popular terutamanya di Malaysia ni.

Pada suatu ketika pula, keluar khabar angin atau berita yang menyatakan pemilik facebook ni iaitu Mark Zuckerberg adalah Yahudi.

Kemudian, ramai yang mengeluarkan kenyataan bahawa facebook ini boleh digunakan untuk kebaikan sebagai medium penyampai maklumat dan mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan lama dan keluarga. Tidak lupa juga untuk perniagaan.

Tapi akhir-akhir ini aku tengok apa yang terjadi adalah sebaliknya. Facebook dah mula menjadi tempat menyebarkan fitnah, tempat pergaduhan mulut sesama Islam, tempat mengumpat dan mengkritik orang lain. Itu tidak termasuk yang hancur rumah tangga. Mungkin ada segelintir yang masih gunakan untuk kebaikan. Namun, sebahagian besarnya telah membawa keburukan. Lebih -lebih lagi pada masa PRU 13 macam ni.

Jadi, hakikat sebenarnya Yahudi dah berjaya memecah belahkan umat Islam ini secara sedar atau tidak. Umat Islam itu sendiri yang menghancurkan agama mereka dengan Yahudi menyediakan platform tersebut. Mungkin kita terleka dibuai mimpi. Kita perlu sedar dari buaian mimpi ini.

Mungkin kita boleh buat pusingan-U sebelum makin parah dan terlambat.