Aku sebenarnya ada hajat atau projek mengenai mengadakan entri atau post seperti Wordless Wednesday tu. Kalau blogger orang putih mempunyai pengaruh dalam menyebarkan trend post Wordless Wednesday, apa kata kita blogger Malaysia ni pula buat satu trend post hadis, potongan ayat Al-Quran beserta maksud atau apa-apa berbentuk keagamaan pada hari Jumaat.
Kebanyakkan komuniti blogger ni dari golongan Melayu Islam. Jadi, mungkin dengan cara ini kita dapat berkongsi ilmu akhirat di samping kita kejar ilmu dunia. Ada juga aku lihat blogger yang amalkan posting macam ni. Mungkin kita boleh buat trend.
Secara tidak langsung kita menggunakan platform ini sebagai tempat berdakwah. Mungkin ilmu yang sikit itu disampaikan mampu mengubah sesuatu yang besar.
Kita boleh namakannya sebagai Tazkirah Jumaat. Atau apa-apa yang menarik yang blogger lain boleh kongsikan? Contohnya macam post yang aku buat ni, Menahan Marah Kekuatan Muslim. Kita ambil dari sumber-sumber yang sahih.
Mungkin tiada ganjaran didunia, mungkin ganjaran di akhirat. InsyaAllah.
Kalau ada cadangan, sila utarakan di ruangan komen mungkin boleh dilakukan penambah baikkan..
update: blogger beritakaki cakap dah ramai yang buat sebelum aku menulis ni, alhamdulillah..baguslah..semoga makin ramai yang buat dan berterusan.