Batuk ialah penyakit yang sinonim di seluruh dunia. Semua orang pasti pernah mengalami masalah batuk-batuk. Saya sendiri pun baru saja sembuh. Jadi saya rasa “terpanggil” pula untuk berkongsi petua hilangkan batuk.
Berikut ialahmakanan dan minuman yang baik untuk menghilangkan batuk :
1. Sup Ayam
Sup ayam mempunyai kesan anti-radang dan menyejukkan tekak anda. Mikronutrien dalam bahan-bahan sup ayam tersebut juga baik untuk sistem imun tubuh.
2. Makanan Pedas
Orang tua-tua selalu kata makanan pedas memburukkan lagi batuk,tetapi itu adalah mitos. Makanan pedas seperti cili sebenarnya baik dimakan ketika batuk. Capsaicin ialah kimia dalam makanan pedas yang mampu menipiskan kahak.
3. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk sistem imun tubuh. Mengambil makanan kaya Vitamin Cketika sakit sangat berkesan. Antara makanan yang kaya Vitamin C ialah betik, brokoli, tomato, limau, kiwi, lobak, kobis, nenas, bawang putih dan banyak lagi.
4. Minum Teh
Teh hangat yang dicampur madu juga sangat berkesan untuk melegakan batuk.Teh menenangkan otot-otot pada tekak sementara madu menjadi lapisan pelindung sementara bagi tekak.
5. Minum Air
Setiap kali kita sakit,tubuh kita akan kehilangan air lebih banyak berbanding ketika tidak sakit,jadi pastikan anda meminum air yang lebih.Tetapi elakkan minum air sejuk ketika batuk.Air suam atau suhu bilik sangat sesuai.
Elakkan juga minum minuman berkafein, susu dan soda. Susu bertindak balas menebalkan kahak. Dapatkan tidur yang cukup kerana ketika tidurlah proses penyembuhan berlaku. Sekiranya batuk anda berlarutan lebih dari 2 minggu, segeralah berjumpa doktor.
Semoga petua hilangkan batuk ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang mengalami masalah ini.