Persaingan dalam teknologi telefon pintar ini semakin sengit. Setiap syarikat akan menonjolkan teknologi dan kelebihan ciptaan masing-masing. Syarikat yang berpengkalan di Finland ini sebelum ini, telah pun mengusahakan kamera 41-megapixel untuk diletakkan dalam telefon Lumia.Walau bagaimanapun, hal ini mendapat banyak bantahan ramai yang menyatakan megapixel yang terlalu besar tidak penting dalam kamera telefon.
Kelihatan sekarang ini Nokia melabur dalam teknologi imej Pelican, sebuah syarikat yang mengusahakan kamera array yang menggunakan optik berganda dan disatukan bersama untuk menghasilkan satu imej. Proses ini tidak jauh beza dengan kamera Litro melainkan lebih nipis.
Litro kamera diperkenalkan pada pasaran lewat tahun 2011 dan mengubah cara orang ramai berfikir mengenai fotografi digital. Penggunaan kamera ini membolehkan kita fokus setelah kita mengambil gambar tersebut. Kamera ini akan menangkap segala aspek imej yang ditangkap dan membolehkan kita memilih kawasan yang ingin kita fokus.
Menjadi satu kelebihan kepada telefon Nokia jika mempunyai ciri-ciri ini.