Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan cuma aku agak ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini. Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies Kelulut. Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Pada pendapat aku, mesti lebih banyak kerana Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga. Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.
Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.