Assalamualaikum semua dan selamat pagi..
Tajuk hari ini pernah dipost pada tahun lepas tetapi info hari ini sedikit berbeza. Berdasarkan kajian baru-baru ini oleh penyelidik yang dilaporkan di the Journal of the American Medical Association mendapati mereka yang mengalami kanser payudara pada peringkat awal tidak perlu membuang banyak ruas limfa (lymph nodes). Pengkaji turut mendapati dengan hanya membuang beberapa pengawal ruas (sentinel nodes) yang menyebabkan penyebaran kanser mempunyai kesan yang sama seperti mereka yang membuang banyak ruas limfa pada bahagian ketiak mereka. Sentinel nodes ini merupakan ruas limfa yang pertama dimana kanser akan merebak daripada tumor primari.
Walau bagaimanapun, penemuan ini masih tidak lagi boleh dipraktikkan. Ada sesetengah pakar berpendapat, sekiranya pesakit itu mempunyai sentinel nodes yang positif, mereka tidak lagi perlu menjalani persempelan lanjutan di bahagian bawah ketiak mereka apabila dirawat mengunakan radiasi dan kemo. Ini akan mengurangkan komplikasi dan mengubah cara pendekatan doktor dengan pesakit.
Penyeliaan bagi kanser payudara ini masih lagi dalam pendebatan.
Bacaan lanjut : Removing many lymph nodes
p/s: sila betulkan saya sekiranya terdapat salah dan silap pada infonya.