July 24, 2013

Kepentingan Responsive Theme

Pentingkah Responsive Theme ni?

Dengan bahasa mudahnya responsive theme ini ialah istilah bagi tema blog yang boleh bertindak balas dengan saiz skrin paparan. Sebagai contoh, pelawat yang menggunakan telefon pintar, tablet atau desktop dengan saiz browser yang berbeza. Jadi, tema blog yang berbentuk responsive ini akan memudahkan pelawat kita membaca blog kita. Tak perlu untuk zoom in atau zoom out.

Kenapa responsive theme ini penting? Kalau kita lihat arus perubahan teknologi sekarang. Rata-rata pengguna atau pembaca blog akan online menggunakan gadjet mereka. Contohnya seperti telefon pintar dan tablet. Kita boleh lihat peningkatan jumlah pelawat yang masuk ke blog kita daripada peranti canggih ini. Cuba lihat pada Google Analytics masing-masing. Berapa jumlah pelawat yang masuk menggunakan peranti canggih ini?

Tema blog yang responsive ini sebenarnya memudahkan pelawat blog kita. Memudahkan mereka untuk membaca. Jadi, mungkin menjadi satu daya tarikan untuk pembaca apabila kita memudahkan mereka.

Bagi pengguna wordpress self-hosting ni, banyak kelebihannya. Banyak responsive theme yang percuma mahupun berbayar yang boleh didapati. Tema twenty-twelve yang ada secara default bagi pengguna baru wordpress ni juga bersifat responsive. Boleh Google kalau mahukan tema yang kena dengan citarasa masing-masing. Banyak boleh didapati, jangan riasau.

Bagi pengguna blogspot pula, Blogger menyediakan alternatif untuk pengguna blogpot iaitu melalui tetapan berikut:

Walau bagaimanapun, tetapan ini akan menggunakan template yang disediakan oleh bloggger. Jadi, tak sama dengan template yang kita gunakan untuk desktop. Masih ada cara lain jikalau mahukan template blogspot kita bersifat responsive. Caranya dengan memasukkan coding  sebelum  :

[box style=”light-yellow” ]

]]></b:skin>

[/box]

kemudian, masukkan code berikut:

[box style=”light-yellow” ]

@media only screen and (max-width:768px){

max-width: (berdasarkan size skrin peranti seperti telefon pintar dan tablet seeprti iPad.)

Dibawah kod ini pula, perlu masukkan code CSS untuk template tu. Agak rumit bukan?

[/box]

Aku pernah cuba buat responsive template pada template blogspot aku yang lepas. Boleh dikatakan menjadi walaupun tidak 100% berkesan terhadap skrin yang kecil iaitu saiz skrin lebih kecil daripada iPhone atau Galaxy.

Untuk pengguna blogspot, aku sarankan guna tetapan yang disediakan blogger.

Untuk pengguna wordpress, mungkin ada yang mahu menukar theme yang resposive. Silakan.