December 9, 2010

Kenapa BLOG??

Kenapa BLOG??

Salam kawan-kawan blogger sekalian.. entri ni sebenarnya permintaan Me Suya yang ingin mengetahui kenapa saya blogging. Pada asalnya saya memang pernah join blogspot ni, tahun 2009. Tapi tak berpanjangan. Sebabnya?? entahla,macam tiada matlamat dan hala tuju. So,saya stop. ( tambah-tambah lagi memang tak reti pasal blogging ni..hehehe).

Lepas tu,tahun ni saya ada ambik kursus bentuk-bentuk penulisan (subjek wajib universiti). So, start dari sini la minat tuk menulis tu kembali. Tambah lagi selepas mendapat kata-kata semangat dari pensyarah subjek bentuk-bentuk penulisan tu, Cik Maharam Mamat. maybe ada dikalangan blogger kita yang mengenalinya. Even kita student sains, tak salah kalau kita ambik kursus ni. Tambah pengetahuan dalam ilmu penulisan. Malahan ilmu atau kepakaran kita boleh disalurkan melalui penulisan.

Before start dengan blog ni pn saya ada juga bertanya kawan, best ke blogging ni?? nmpak dia khusyuk manjang ngn lappy dia..hehehe..dia pn galakkan saya join blogging ni. so,september 2010 saya start blogging dan saya utamakan mengenai kesihatan.Sebabnya?? saya minat mengenai info-info kesihatan ni. So, apa salahnya saya kongsikan di sini di samping tambah pengetahuan. Lagipun rakyat Malaysia  ni kurang kesedaran akan kesihatan mereka. Seperti yang dinyatakan di blogger info tu,saya bukan student medic o pape sal kesihatan ni.

Sebab lain, saya dah bosan dengan facebook dan memang tak minat pn sebenarnya. So,beralih angin dengan blogging pulak. Rasanya itu je kot sebabnya.

p/s: sori guna ayat sms.