Buah Avokado ni mungkin asing bagi sesetengah orang dan mungkin tidak. Bagi orang kampung macam aku ni mungkin la asing sikit. Kalau dahulu, susah sikit untuk jumpa buah ni, namun sekarang ini tiada masalah lagi. Buah avokado ni banyak terdapat di pasaraya besar seperti Tesco, Jusco @ Aeon, Carrefour, dan Giant.
Avokado ni ada juga dalam bentuk minyak. Buah avokado ni boleh dibuat jus. Kalau nak tahu resipi-resipi pengunaan avokado ni sila google..hehe
Khasiat Buah Avokado:
1) Mengekalkan jantung yang sihat
Buah Avokado ini mempunyai vitamin B6 dan asid folik yang dapat membantu mengekalkan tahap homosistein. Tahap homosistein yang tinggi berasosiasi dengan risiko penyakit jantung.
2) Kandungan Kolesterol yang Rendah
Avokado kaya dengan sebatian yang dipanggil beta-sitosterol yang berkesan untuk merendahkan kandungan kolesterol dalam darah.
3) Kawal Tekanan Darah
Buah Avokado ini merupakan tinggi sumber potasium yang dapat membantu mengawal tekanan darah.
4) Mencegah Kanser
Banyak kajian mendapati buah Avokado dapat mengekang pertumbuhan kanser prostat. Asid oleik dalam Avokado juga efektif mencegah kanser payudara.
5) Anti-penuaan
Avokado kaya dengan antioksida yang dapat mencegah simptom penuaan.
6) Penjagaan Kulit
Minyak avokado ini dapat membantu merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan. Minyak avokado banyak digunakan dalam kosmetik.