Insomnia boleh kurangkan berat badan??
Adakah benar persoalan di atas?
Jawapannya tidak. Hakikat yang sebenarnya ialah insomnia(penyakit susah tidur malam) ini menghalang daripada seseorang itu daripada mengurangkan berat badan (loss weight). Tidur adalah suatu keperluan bagi sesorang manusia untuk terus mengekalkan keseimbangan tubuh badan mereka. Tidur yang tidak cukup boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Contohnya seperti penyakit jantung, diabetes dan ketidaksuburan.Hal ini kerana apabila seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup, ia akan menggangu metabolisma badan dan turut mengakibatkan rasa lapar (berdasarkan kajian).
Bagi mereka yang mengamalkan diet seimbang dan senaman untuk mengurangkan berat badan. Adalah lebih berkesan sekiranya mereka mendapatkan tidur yang cukup. Selain itu, fungsi hormon mempengaruhi sel lemak kita terhadap makanan yang kita makan. Hormon Cortisol merupakan hormon yang dihasilkan apabila seseorang itu mengalami stres secara emosi atau fizikal. Apabila seseorang itu kurang tidur, maka hormon ini akan dibebaskan dengan kadar yang banyak yang mengakibatkan mereka berasa lapar walaupun sudah kenyang.
Kehilangan tidur juga mengakibatkan badan tidak dapat memproses karbohidrat dengan baik. Oleh itu, berlaku penyimpanan lemak berlebihan dalam badan dan meningkatkan kandungan gula dalam darah. Lebihan gula dalam darah ini mengakibatkan rintangan insulin yang mana mengakibatkan badan tidak mampu untuk melupuskan glukos di dalam hati dan tisu-tisu yang lain. Hal ini akan membawa kepada masalah yang lebih serius iaitu penyakit kardiovaskular,obesiti dan diabetes tahap 2.
Kehilangan tidur yang nyenyak juga mengurangkan tahap hormon tumbesaran. Hormon tumbesaran ini ialah protein yang membantu mengawal kadar lemak badan dan otot badan manusia. Dengan kurangnya hormon ini, maka kebolehan sesorang itu untuk mengurangkan lemak dan membesar makin menurun.
Akhir sekali, kita semua sedia maklum bahawa dengan kurangnya tidur atau tidak tidur akan mengakibatkan seseorang itu tidak bertenaga. Kita akan cepat berasa penat seterusnya kurang melakukan pekerjaan. Maka, kalori yang sepatutnya dibakar pada hari itu tidak dibakar pada kadar yang sepatutnya. kalori yang tidak dibakar ini akan disimpan oleh badan sebagai lemak. Jadi, misi untuk mengurangkan berat badan bertambah sukar.
sumber: www.suite101.com