Pada 22 Mei 2013 yang lepas alam maya ini heboh dengan Penguin 2.0 Update. Kalau diikutkan turutan, sepatutnya Penguin 4. Walau bagaimanapun, Penguin 2 dan Penguin 3 yang dilancarkan masing-masing pada 26 Mei 2012 dan 5 Oktober 2012 hanyalah kemaskini data dan bukannya satu perubahan algorithm baru jadi tidak dikira sebagai suatu updatebaru.
1) Penguin 1 (Penguin 1.0)pada 24 April 2012
2) Penguin 2 pada 26 Mei 2012
3) Penguin 3 pada 5 Oktober 2012
4) Penguin 4 (Penguin 2.0) pada 22 Mei 2013
Apakah target Penguin 2.0?
Penguin algorithm ni target kepada webspam. Jadi, laman sesawang yang banyak spam tu memang akan mendapat kesan daripada update ini. Dianggarkan kira-kira 2.3 % daripada English-US queries akan mendapat impak daripada update ini. Sekarang ini, Penguin 2.0 sudah dilancarkan sepenuhnya. Penguin 2.0 ini mempunyai skop berbeza bagi bahasa-bahasa lain. Contohnya, bahasa yang mempunyai lebih banyak webspam akan menerima impak yang lebih besar.
Kenapa Google Update ni penting?
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa ramai yang kisah mengenai Google Update ni?Kan? Google merupakan enjin carian utama sekarang ini. Jadi, trafik kebanyakkan datang dari enjin carian Google. Ia akan beri kesan trafik dan kedudukan laman sesawang atau blog dalam Google. Sudah tentulah ia juga akan memberi kesan kepada pendapatan blog atau laman sesawang tersebut.
Berdasarkan statistik daripada Statcounter bermula Mei 2012 hingga Mei 2013, Google menyumbang 90.77% trafik, Bing 3.36% trafik, Yahoo 3% trafik, 0.59% trafik, Babylon 0.42% trafik, dan lain-lain 1.87% trafik.
Rasanya bagi blog berbahasa Melayu ni, impak dia kurang sebabnya di Malaysia ni masih kurang webspam. Melainkan mereka yang berguru dengan orang putih untuk buat webspam dan mereka yang suka spam.
Kalau lihat blog-blog peribadi dengan second level domain pun boleh ranking tinggi dan Pagerank tinggi. Sebabnya mereka berkongsi cerita hidup mereka yang tidak copy paste. Jadi, kandungan blog mereka ialah unik. Kualiti?korang sendiri tentukan. Google sekarang pentingkan unik dan kualiti. Kalau ada blog berbahasa Melayu yang terkesan dengan Penguin 2.0 ni, sila la berkongsi. Agar kesilapan yang sama tidak diulangi. 🙂
Okey, inilah alkisahnya Penguin 2.0 Update ni. Kalau ada tambahan atau pembetulan maklumat silalah berkongsi diruangan komen.