Sebelum ini aku ada tulis mengenai aiskrim yang boleh mengurangkan sakit ulser. Jadi, hari ini aku nak berkongsi pula fakta-fakta menarik tentang aiskrim ini. Ada ke dalam kalangan kita yang tidak suka aiskrim? Mungkin ada, namun secara umumnya, masyarakat memang menyukai aiskrim.
Tahukah Anda?
1) Aiskrim Sundae terbesar dalam sejarah pernah dibuat di Edmonton, Alberta, Canada pada tahun 1988 iaitu seberat 24 tan.
2) Ia memerlukan 12 lbs (5.4 kg) susu untuk menghasilkan segelen (3.79 liter) aiskrim.
3) Ia mengambil kira-kira 50 jilatan untuk menghabiskan satu skup aiskrim kon.
4) Penciptaan kon aiskrim mempunyai kaitan dengan Pesta Dunia di St. Louis pada tahun 1904. Penjual aiskrim dilaporkan tidak mempunyai penghidang yang mencukupi, jadi dia bekerjasama dengan penjual wafer yang berada disebelah gerainya. Penjual wafer itu kemudiannya mengulung wafernya berbentuk kon. Maka, jadilah kon aiskrim.
5) Rujukan pertama mengenai aiskrim diberi oleh the Oxford English Dictionary pada tahun 1744.
6) Resepi aiskrim mula-mula wujud pada abad ke-18 di England dan Amerika. Resepi ini diterbitkan dalam Mrs. Mary Eales’s Receipts di London pada tahun 1718.
7) Aiskrim telah diperkenalkan di Amerika Syarikat oleh penjajah Quaker yang membawa resepi ais-krim bersama mereka.
8) Aiskrim sundae wujud pada lewat abad ke-19.
9) Aiskrim menjadi popular pada abad ke-20 setelah harga peti sejuk menjadi murah.
10) Pada abad ke-20, banyak kedai-kedai menjual aiskrim dibuka dan pelbagai perisa aiskrim diperkenalkan seperti Baskin- Robbins yang memperkenalkan 31 perisa dan restoran Howard Johnson yang memperkenalkan 28 perisa.