Top video budak baru kapel seminggu ni di Youtube. Kesian juga aku tengok, bukan apa, dia ni masih mentah lepas tu dilamun cinta pula kan..lepas tu buat video macam ni sebab nak tunjuk sayang dekat boyfriend dia. Biasalah, dunia teknologi semua upload di youtube.
Tapi aku sedih dengan mentaliti masyarakat kita yang suka mengeji,mengutuk dan menghina tanpa berbuat apa-apa. Kalau yang bujang tu duduk mengutuk, yakin ke korang tak pernah bercinta? Tak pernah rasa kasih sayang? Bagus sangat ke kita nak menghina orang?
Kalau yang sudah jadi mak ayah tu, nasihat aku lebih baik jaga anak masing-masing, jangan pom pang pom pang mengata anak orang sekali anak sendiri pun sama. Lagi dahsyat pun ada. Aku dah jumpa banyak dah kes macam ni.
Jalan yang terbaik nasihat baik-baik. Bagi dia betulkan kesalahan yang dia lakukan. Sebagai manusia, kita tak terlepas dengan silap dan salah dalam menjalani kehidupan kita. Pengalaman banyak mengajar kita.
Bimbinglah budak baru kapel seminggu atau puteri awani ni ke arah yang lebih baik. Mungkin dia akan belajar dari kesilapan dia. Sebagai masyarakat yang sebangsa dan seagama dengan dia, menghina, mengeji dan perli bukan jalan terbaik.
Banyak aku tengok video parodi budak baru kapel seminggu ni dalam youtube, banyak versi dah. Jagalah hati orang lain sama, kalau benda yang sama berlaku pada diri kita, keluarga kita? Apa yang kita rasa?
Kita sekarang berada dalam bulan baik. Sama-samalah kita perbaiki diri kita.