Perkembangan teknologi menyebabkan satu perubahan yang cukup besar dalam dunia permainan video. Permainan video yang lama semakin dilupakan dan kurang diminati akibat persaingan hebat dengan permainan video yang baru. Permainan video dibawah ini mungkin masih diingati atau telah dilupakan.
1. Pac-Man
Pac – Man merupakan satu permainan arked yang dibangunkan oleh Namco dan pertama kalinya dilancarkan di Jepun pada 22 Mei 1980. Ketika erannya, Pac-Man membawa satu fenomena yang menyaksikan sejumlah besar barangan berinspirasikan Pac-Man terjual dan turut mempengaruhi animasi televisyen pada ketika itu. Pac-Man juga merupakan permainan video yang paling terkenal ketika itu dan telah menjana lebih daripada $2.5 bilion pada tahun 1990-an.
2. Donkey Kong
Donkey Kong juga merupakan salah satu permainan arked yang dihasilkan oleh Nintendo pada tahun 1981. Merupakan salah satu permainan retro yang digemari ramai. Permainan ini terhasil setelah Presiden Nintendo, Hiroshi Yamauchi memberi satu tugasan (projek) kepada pereka permainan video yang masih baru iaitu Shigeru Miyamato. Miyamato menghasilkan permainan ini berinspirasikan Popeye, Beauty and the Beast dan King Kong.
3. Super Mario Bros
Super Mario Bros atau Mario juga merupakan permainan video yang sangat popular pada tahun 1990-an. Super Mario Bros dilancarkan pada tahun 1985. Super Mario Bros adalah lanjutan daripada siri Mario Bros yang dilancarkan pada tahun 1983. Permainan video ini dibangunkan oleh Nintendo EAD dan diterbitkan oleh Nintendo. Permainan Super Mario Bros ini pertama kalinya dilancarkan di Jepun untuk komputer keluarga pada 13 September 1985. Kemudiannya di Amerika Utara dan Eropah pada 15 Mei 1987 serta Australia pada tahun 1987.
4. Space Invader
Salah satu permainan yang lebih tua berbanding Pac-Man dan Mario. Dilancarkan pada tahun 1978, Space Invader merupakan permainan tembak-menembak yang paling awal. Permainan video arked ini dibangunkan oleh Tomohiro Nishikado. Pada awalnya,ia dipasarkan di Taito, Jepun dan kemudiannya dilesenkan untuk pasaran di United States (US). Nishikado mendapat ilham daripada Breakout, The War of the Worlds dan juga Star Wars untuk menghasilkan permainan video ini.
5. Snake Game
Konsep permainan video ular ini bermula pada lewat 1970-an dalam arked. Permainan video Snake ini mendapat tempat pada hati pengguna atau pemain setelah Nokia menjadikan permainan ini sebagai permainan standard dalam telefon bimbit yang dihasilkan oleh mereka. Permainan Snake yang pertama diprogramkan pada tahun 1997 oleh Taneli Armanto dan diperkenalkan bersama-sama model Nokia 6110. Seterusnya, versi yang lebih baru dikenalkan iaitu Snake II yang dipasang kepada telefon bimbit Nokia 3310.
Extra: 6. Tetris
Tetris merupakan salah satu permainan video yang banyak mengalami evolusi sehingga sekarang. Tetris telah dilancarkan pada 6 Jun 1984. Ia direka dan diprogramkan oleh Alexey Pajitnov. Perkataan Tetris berasal daripada singkatan tetra- (setiap potongan permainan ini ada 4 bahagian) dan tennis iaitu sukan kegemaran Pajitnov. Pada tahun 2007, tetris dinobatkan tempat kedua dalam IGN ” 100 Gratest Video Games of All Time”. Pada 14 Mac 2014, Syarikat Tetris telah mengumumkan satu perjanjian yang membawa tetris kepada platform yang terbaru iaitu Xbox One dan Playstation 4.