Shisha memang tidak asing lagi bagi golongan muda di Malaysia ini. Masa aku belajar dulu memang selalu sangat lihat golongan pelajar universiti hisap shisha di kedai mamak atau mana-mana restoran.
Shisha juga dikenali dengan nama lain seperti Hookah, Huqqa, Arghile, Narghile, Hubble Bubble, Goza dan Boori. Shisha dikatakan bermula pada 300 tahun dahulu. Ada pendapat mengatakan ia berasal dari Turki dan ada mengatakan berasal dari Syria atau India.
Adakah shisha lebih selamat rokok?
Menghisap shisha adalah sama bahayanya seperti merokok. Produk tembakau walau dalam macam mana bentuk pun mengandungi nikotin dan menyebabkan ketagihan. Untuk satu sesi menghisap shisha ini, kita telah menghisap 100 hingga 200 lebih banyak asap dan 1.7 nikotin lebih banyak daripada sebatang rokok.
Keburukan Shisha:
1) Ketagihan
Nikotin sampai ke otak dalam masa 10 saat setiap sedutan. Ini akan menyebabkan ketagihan kepada shisha tersebut.
Nikotin bukan larut air, oleh itu penapis air di dalam botol shisha tidak memberikan sebarang kesan.
2) Keracunan Karbon Monoksida
Membakar arang akan menghasilkan karbon monoksida. Kesan Carcinogen. Sebab itu kalau makan sate, perlunya ada timun.
3) Kanser Paru-paru, Kanser Mulut.
4) Jangkitan penyakit tuberkulosis dan hepatitis, hepes, aspergillosis dan helicobacter.
Perkongsian penghisap pada shisha ini mempunyai risiko untuk merebaknya penyakit ini.
Aspergillus menyebabkan jangkitan pada paru-paru.
Helicobacter menyebabkan kanser perut.
5) Penyakit kronik seperti COPD dan penyakit jantung.
6)Melahirkan bayi kurang berat bagi wanita yang menghisap shisha.
7) Berbahaya kepada pengguna sekunder (macam perokok sekunder).