May 23, 2013

Kesan Asap Rokok Kepada Kanak-kanak

Sebelum ini aku ada post mengenai merokok dan juga keburukan shisha. Kesannya kita sudah sedia maklum dan sejauh mana kesedarannya, kita sendiri perlu menilainya. Kajian terbaru yang dijalankan oleh penyelidik di University of Montreal dan diterbitkan dalam Journal of Epidemiology and Community Health mendapati kanak-kanak yang menjadi perokok pasif semasa tumbesarannya besar kemungkinan mempunyai perangai yang agresif dan antisosial.

Kira-kira 40% kanak-kanak di dunia ini terdedah sebagai perokok pasif. Ia amat bahaya kerana sewaktu usia ini, otak kanak-kanak tengah berkembang. Menjadi lebih malang sekiranya wanita mengandung yang merokok. Maka, anak yang di dalam kandungan terdedah kepada kesan rokok ini seawal di dalam kandungan lagi.

Berdasarkan statistik mengenai kesan asap rokok ini terhadap otak, perokok pasif akan mendapat dua jenis asap rokok iaitu sidestream smoke dan mainstream smoke. 85% asap yang disedut oleh perokok pasif adalah daripada sidestream smoke dan 15% daripada mainstream smokeSidestream smoke ini ialah asap yang keluar daripada putung rokok yang sedang dibakar. Asap seperti ini diklasifikasikan sebagai lebih toksid berbanding mainstream smoke.

Sidestream smoke ini dikelaskan sebagai kelas A carsinogen oleh U.S Environment Protection Agency. Manakala, mainstream smoke ini pula merupakan asap rokok yang dihisap dan dihembus. Kekurangan oksigen disebabkan oleh asap yang terdedah dalam sistem saraf utama menyebabkan kelahiran bayi tidak cukup berat dan melambatkan perkembangan otak janin.

Kesedaran dalam kalangan ayah-ayah dan juga ibu-ibu dalam hal seperti ini amatlah penting. Bertindaklah sekarang sebelum semuanya sudah terlambat.

Jom berhenti merokok!