5 Cara Menghapuskan Lemak Perut

Makanan basah ialah makanan yang mengandungi air 70% atau lebih dan mempunyai 5 gram serat atau lebih bagi setiap hidangan. Makanan basah mempunyai air yang banyak untuk mencuci sistem badan kita dan memerangi radangan. Terdapat beberapa krateria untuk mengenali makanan basah:
Kita mempunyai pelbagai jenis bakteria dalam usus kita. Ada sebahagiannya baik dan berguna untuk untuk proses pencernaan dan ada juga yang tidak baik untuk sistem pencernaan.Jumlah bakteria baik dan jahat bergantung kepada makanan yang kita makan. Makanan yang salah akan mengakibatkan bakteria jahat membiak dalam usus besar kita yang membuatkan lapisan usus kita bocor dan berlaku keradangan.
Bakteria jahat ini boleh diperangi dengan mengambil jeruk sebagai snek. Apa yang perlu diberi perhatian ialah jeruk itu haruslah rendah kandungan garam. Jeruk dibungkus dengan probiotik yang dapat mencegah pertumbuhan yang berbahaya dan mengurangkan keradangan dalam usus.
Tepung acacia ini umpama pil diet tanpa campuran bahan kimia. Ia berasal daripada kulit pokok acacia. Tepung ini akan memudahkan kita berasa kenyang sekiranya diambil ketika makan dan membuatkan kita makan lebih sedikit. Pastikan anda minum satu gelas besar air bersama-sama dengan juadah anda.
CLA merujuk kepada Conjugate Linoleic Acid. Ia dikenalpasti boleh mengurangkan lemak dan meningkatkan jisim otot. CLA memudahkan proses badan membebaskan lemak. Manakala Catechin membantu badan membakar lemak. Kajian menunjukkan antioksidan ini mendorong pemecahan lemak. Gabungan dua bahan ini membolehkan lemak dihapuskan pada bahagian teras badan kita.
Catechin boleh diperoleh daripada teh hijau. Untuk kesan maksima, minum 2 cawan setiap pagi. Biarkan teh tersebut selama 20 minit dan minum semasa masih suam. CLA pula boleh didapati di farmasi dalam bentuk supplemen. Ambil 3 400 mg sehari.
Tingkatkan kadar metabolisma badan dengan menambah cili dalam makanan harian. Cili dapat meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 20% untuk 30 minit setelah kita memakannya.