August 23, 2019

Cara Tingkatkan Metabolisme Badan

Metabolisme ini juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada proses menguruskan badan seseorang itu. Jadi, kalau mahu kurus, salah satu cara ialah tingkatkan metabolisme badan. Menurut Kevin Zahari, metabolisme ini ialah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Ini bermakna, mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah, kurang membakar kalori dalam tubuh mereka. Manakala orang yang mempunyai metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori dan boleh membantu menguruskan badan.

Beberapa aktiviti yang dapat membantu tingkatkan metabolisme badan kita. Antaranya ialah:

1) Senaman Intensif Pada Awal Pagi.
Senaman yang intensif dalam masa yang singkat seawal pagi selepas kita bangun tidur dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Latihan intensif ini tidak perlu lama, sekitar 5 minit sahaja. Antara senaman yang kitar boleh buat, berlari setempat, lompat bintang, atau berjoging.

2) Makan Makanan Berempah dan Pedas
Makanan berempah dan pedas dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Selalunya, kalau kita makan makanan berempah dan pedas yang panas ini, kita akan berpeluh kan?
Cili membantu membakar kalori dalam badan kita. 

3) Minum Air Kosong dengan Banyak
Minum air kosong yang banyak dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme kerana proses metabolisme memerlukan air sebagai “minyaknya”.

4) Jangan Tinggalkan Sarapan 
Ramai antara kita yang meninggalkan sarapan. Ambil sarapan yang berkhasiat. Makanan membantu fungsi badan berfungsi dengan baik. Jika kita meninggalkan sarapan, kita berpotensi mengambil makanan yang lebih pada makan tengah hari yang berikutnya.

5) Jangan Makan Terlalu Banyak Pada Waktu Malam.
Cuba kurangkan pengambilan makanan pada waktu malam. Makan makanan yang ringan-ringan sahaja dan makan 3 jam sebelum tidur.

6) Buat Senaman Menggunakan Pemberat
Dengan bahasa lain ialah Workout dengan pemberat seperti dumbbell. Senaman ini membantu membina otot badan yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak.